Friday, March 9, 2012
MAJLIS PELANCARAN GURU PENYAYANG
Majlis Pelancaran Guru Penyayang telah diadakan pagi ini di mana para murid yang lahir pada bulan Mac dan guru-guru yang lahir pada bulan Mac diraikan sebagai tanda kasih sayang antara guru dan murid. Semua murid yang lain juga diberikan kismis minda dan cup cake. Guru-guru juga menyambut murid-murid datang ke sekolah pada waktu pagi. Tema program ini ialah CIKGU SAYANG KAMU SEMUA.
Tuesday, February 28, 2012
KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS, KETUA KELAS & PEN. KET.KELAS
Pada 28 & 29 Februari (Selasa & Khamis), seramai 33 orang murid telah mengikuti Kursus Kepimpinan Pengawas & Ketua Kelas bertempat di Bilik Gerakan dan Dewan Terbuka, SK Rampazan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Bengkel Personaliti Diri, Ciri-ciri seorang ketua, Tugas & tanggungjawab Pengawas/Ketua/Pen.Ketua Kelas, Cara pengendalian perhimpunan, Skrip/doa/ikrar dan azam serta ikrar. Antara objektifnya ialah untuk memupuk sikap kepimpinan, yakin, berani dalam kalangan pengawas, ketua kelas dan penolong ketua kelas. Tema tahun ini ialah 'KETUA BERDISIPLIN MENJADI IKUTAN SEMUA RAKAN'
Monday, February 13, 2012
3 MURID WAKIL SEKOLAH KE KEJOHANAN MSSD PAPAR
Seramai 3 orang murid SKRP yang telah mendapat pingat emas dan gangsa di kejohanan MSSZ Padawan baru-baru iberni akan mewakili acara lompat tinggi iaitu Md. Shahrulnizam, Norizzah dan Md. Hazizi di peringkat MSSD Papar nanti. Semoga berjaya!
Monday, January 16, 2012
Friday, January 6, 2012
HARI PERSEKOLAHAN PUN BERMULA...
Hari Rabu minggu ini bermulalah hari persekolahan..murid-murid bersemangat memulakan hari mereka. Murid-murid tahun 1 seramai 25 orang pula menjalani minggu transisi di mana mereka dibawa mengenali persekitaran sekolah mereka, diajar lagu sekolah serta diuji dari sudut membaca dan menulis.
Friday, November 18, 2011
MAJLIS HARI ANUGERAH MURID CEMERLANG 2011
Majlis HAC sekolah telah diadakan pada 18hb Nov bertempat di Dewan Terbuka SKRP. Ia tlh dirasmikan oleh wakil PPD, En. Pg. Zaidi. Antara acara yg telah diadakan ialah penyampaian sijil tamat PraSekolah, sijil ketua dan penolong ketua kelas, pengawas sekolah serta pengawas pusat sumber, kehadiran murid 100%, sijil tamat sekolah serta kokum murid tahun 6. Selain itu, sijil dan hadiah bagi markah tertinggi subjek teras, 3 kedudukan terbaik setiap kelas, hadiah pencapaian kokum terbaik setiap unit, penyampaian Anugerah Khas KoKum terbaik keseluruhan dan Anugerah Khas Guru Bersa UPSR terbaik 2011.
Bagi Kokum terbaik keseluruhan, tlh dimenangi oleh Adik Khairul Daniel Md. Zainie yg mana beliau pernah menjadi Johan Pertandingan Bercerita MTQ Peringkat Zon Padawan, Johan Pertandingan Bercerita BM Peringkat Daerah Papar, Johan Pertandingan Model Kerjaya sempena Kanrival Kaunseling & Kerjaya Peringkat Daerah Papar, serta Tempat ke-3 Pertandingan Bercerita BM peringkat Negeri Sabah. Syabas dan tahniah diucapkan!
Bagi Anugerah Khas GB UPSR Terbaik pula, jatuh kepada Adik Nisrina Mohd Roslan yg telah memperolehi 4A1B di dalam UPSR baru-baru ini. Tahniah!
Wednesday, November 16, 2011
PENYAMPAIAN WANG RM100
Hari Anugerah Cemerlang akan diadakan pada 18hb ini. Warga sekolah amat sibuk membuat persiapan2 dan rehearsal telah dibuat pada hari ini. Pada petang ini juga diadakan penyampaian Bantuan wang RM100 kepada setiap murid. Ibu bapa sangat bersemangat di mana mereka telahpun sampai sebelum jam 2 ptg dan menunggu dengan sabarnya di Dewan Terbuka, SK Rampazan.
Subscribe to:
Posts (Atom)


































