Tuesday, April 20, 2010

PERTANDINGAN BERCERITA BM TAHAP 1

Aktiviti ini telah diadakan pada 20.04.2010 bertempat di dewan terbuka. Seramai 17 peserta bersaing merebut kejuaraan tahun ni. Nampaknya, bilangan peserta meningkat pada tahun ni. Syabas diucapkan kepada semua murid tahap 1 kerana berani menyahut cabaran dan tampil di hadapan. Syabas! Dan semoga kamu teruskan usaha pada tahun-tahun akan datang. Pemenang pada tahun ini, johan Khairul Daniel Mohd. Zainie @ Oneil (tahun 3), tempat kedua Khaireez Adib Mohd. Zainie (tahun 1), dan ketiga Hasmidah Jamil (tahun 3). Johan akan mewakili sekolah ke pertandingan peringkat zon dan daerah yang bakal menyusul tidak lama lagi.




No comments:

Post a Comment