Social Icons

Tuesday, May 18, 2010

PERTANDINGAN BERCERITA TAHAP 1 PERINGKAT DAERAH

Aksi Khairul Daniel semasa menyampaikan ceritanya yang bertajuk 'Tujuh Puteri'



Sebahagian peserta yang turut serta...




Hari ni 18. 05.2010 (Selasa) sekolah menjadi tuan rumah bersama pertandingan bercerita BM bagi Tahap 1 manakala Tahap 2 pula diadakan di SK St Mary. Sebanyak 15 orang peserta mengambil bahagian dan masing-masing mempamerkan bakat serta kebolehan dalam menyampaikan cerita mereka. Tahniah diucapkan kerana kesemua peserta tampil dengan berani dan yakin sekali, maklumlah bukan semua orang boleh bercakap di hadapan khalayak yang ramai. Nampaknya pada tahun ini rezeki berpihak kepada SKRP yang diwakili oleh adik Khairul Daniel, murid Tahun 3 yang muncul sebagai johan. Tempat kedua wakil daripada Sek. Keb. Pekan Bongawan dengan cerita Pak Belalang Menjadi Nujum dan tempat ketiga peserta Sek. Keb. Kuala dengan cerita Angsa Budiman. Syabas dan tahniah, semoga kejayaan ini akan menjadi pembakar semangat kepada murid-murid yang lain untuk melakukan yang terbaik pada masa akan datang. Terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan khas buat semua guru SKRP yang bertungkus-lumus dalam memastikan aktiviti ini berjalan dengan lancar. Semoga segala sumbangan akan mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t...

No comments:

Post a Comment