Thursday, November 25, 2010

CONGRATULATIONS!!



TAHNIAH kepada semua murid yang mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini. Semoga ia menjadi pendorong dan menaikkan semangat kepada adik-adik kita yang bakal menghadapi peperiksaan tahun hadapan. Juga tahniah kepda semua guru yang bertungkus lumus daripada tahun 1 - tahun 6 sehingga membawa kejayaan kepada murid-murid. Alhamdulillah! May Allah bless us! By the way, HAPPY HOLIDAY!!!!!!!!!!

Saturday, November 20, 2010

Hari Anugerah Murid Cemerlang 2010


Telah diadakan pada 19. 11. 2010 (Jumaat) dan dirasmikan oleh PPD. Semua pihak berasa bangga atas pencapaian sekolah pada tahun ini sama ada dari segi kualiti mahupun kuantiti. PPD memberitahu SKRP berada pada kedudukan kedua sekolah terbaik di daerah Papar pada tahun ini, alhamdulillah. Syabas diucapkan kepada 4 orang murid yang berjaya mendapat 5A iaitu Elvin Louie Chiew, Jayadi Mustari, Mohd. hafiz Farhan, dan Nur Irdina Ahmad. Kepada murid-murid lain juga diucapkan tahniah atas pencapaian cemerlang yang ditunjukkan.



Jamuan Tahun 6 2010


Diadakan pada 15. 11. 2010 di dewan terbuka.

Penyampaian Slip UPSR 2010


JAYADI - 5A


NUR IRDINA - 5A MOHD. HAFIZ- 5A


ELVIN CHIEW - 5A
12. 11. 2010. Guru Besar berasa bangga dengan pencapaian UPSR pada tahun ini. Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua murid atas kecemerlangan yang ditunjukkan.

Lawatan Tahun 6

Sekitar lawatan murid-murid Tahun 6 ke Pangkalan TLDM Sepanggar dan Green Connection Kota Kinabalu. Lawatan diadakan pada 11.11.2010.


Sunday, November 14, 2010

PROGRAM MENANAM SEJUTA POKOK






Kesemua murid Sek. Keb. Rampazan kelihatan sedang sibuk menanam pokok di sekitar kawasan sekolah. Mereka bersungguh-sungguh menjalankan program tersebut.

Tuesday, November 9, 2010

MELANGKAH KE ALAM SEKOLAH MENENGAH




Hari ni 10 November 2010 iaitu hari rabu. En. Mazlan Jusoh telah datang untuk menyampaikan ceramah mengenai Melangkah Ke Alam Sekolah Menengah kepada murid-murid tahun 6. Nampaknya semua murid kelihatan khusyuk mendengar ceramah yang di sampaikan memandangkan alam sekolah menengah asing bagi mereka dan mereka juga ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi.

Tuesday, November 2, 2010

SESI TEMU DUGA PENGAWAS 2011



waaaa...ni sesi temu duga pengawas untuk tahun depan