Monday, August 9, 2010

SAMBUTAN IHYA' RAMADHAN 2010

Hari ni, 9 Ogos bersamaan 28 Syaa'ban 1431, Isnin, Pergerakan Puteri Islam Malaysia SK Rampazan telah menganjurkan Sambutan Ihya' Ramadhan sempena menyambut bulan Ramadhan yang barakah ini. Antara pengisiannya ialah: Solat Hajat tahun 6, bacaan Yassin dan doa selamat serta ceramah 'Kemuliaan bulan Ramadhan' yang disampaikan oleh Ustaz Pg. Ilham Pg. Musa dari SK Benoni, Papar. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar..



KEM BESTARI SOLAT 2010

Pada 7 Ogos 2010, hari Sabtu yang lalu, Kem Bestari Solat telah diadakan khas untuk murid-murid Muslim tahun 1, 2 dan 3 bertempat di SK Rampazan, Papar.