Thursday, August 18, 2016

MAJLIS SAMBUTAN RAYA PERINGKAT SEKOLAH.15.7.2016

Pada hari Jumaat (15.7.2016) satu Majlis Sambutan Raya diadakan di sekolah SK Rampazan.
Beberapa hari sebelum majlis,murid-murid sibuk membuat kad hari raya untuk dipamerkan .

Majlis Sambutan ini dimulakan setelah selesai pertandingan mewarna bagi tahap 1 dan Tahap 2.
Semua murid berkumpul di dewan sekolah dan sesi bergambar diadakan mengikut kelas masing-masing.Selepas itu, acara dimulakan oleh pengacara sekolah,Pn Shamsurinah Mohidin.Acara dimulakan dengan nyayian lagu Negaraku, Sabah Tanahairku dan Lagu sekolah.Setelah itu,Takbir Raya yang diketuai .oleh Adik Fauzan Akil Fazly dan beberapa murid tahap 2. Setelah itu,ucapan Guru Besar .Selesai ucapan guru besar,murid-murid menyanyikan lagu-lagu raya diiiringi oleh muzik

Selesai nyanyian,murid-murid berbaris dan bersalam-salam dengan guru-guru.Setelah itu,majlis makan beramai-ramai dan murid-murid seronok menikmati juadah hari raya yang berbagai jenis.