Wednesday, February 10, 2016

Mesyuarat Awal Tahun 2015 SK Rampazan di Beringis Resort.

Selepas itu majlis perpisahan Ustazah Noor Azizah Osman yang bertukar ke SK Tambalang.

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ustazah Noor Azizah atas segala sumbangan sepanjang beliau berkhidmat di SK Rampazan Terima kasih sekalung budi .Jasamu akan sentiasa dikenang sehingga akhir hayat.
PROGRAM TRANSISI SEKOLAH 2016

Program  Orientasi dan Transisi sekolah bermula seawal hari pertama murid-murid masuk ke SK Rampazan.
Program ini bermula pada 4.1.2016 dan berakhir pada 23.1.2016
Hari  pertama murid-murid seramai 30 orang berkumpul di dewan sekolah bersama-sama dengan ibu bapa.
Taklimat Khas disampaikan ole Penolong Kanan Pentadbiran,Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ,Guru Disiplin ,Guru JQAF/B.Arab ,Guru SPBT dan Ketua Penyelaras Linus.
 Antara aktiviti  sepanjang minggu transisi ialah lawatan kawasan sekolah, tata cara perhimpunan ,nyanyian lagu-lagu transisi ,pengurusan kelas ,ucapan salam,adab sopan , mewarna ,mengira ,mengenal dan menulis huruf kecil dan besardan juga sukaneka dalam kumpulan.