Tuesday, March 30, 2010

PROGRAM 1 GURU 1 POKOK


Wah! Hari ni ada program penggalakan penanaman pokok, 1 GURU 1 POKOK.. Bermula pada jam 7.30 pagi, murid-murid berkumpul. Guru-guru juga turut sama berkumpul dengan bunga kertas, pasu dan tanah masing-masing. Murid-murid membantu guru-guru mengangkat tanah dan menanam bersama. Program ini adalah salah satu aktiviti SERASI kumpulan 2 di mana ia bertujuan untuk memberi kesedaran alam sekitar. Selepas rehat pulak, murid-murid tahap 1 disajikan dengan acara mewarna manakala murid-murid tahap 2 pula acara melukis bertemakan alam sekitar. Alhamdulillah, dengan cuaca yang cerah, iaberjalan dengan jayanya.


Sunday, March 28, 2010

PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK PPDa


Hari ni, 29 Mac bersamaan hari Isnin, diadakan pertandingan sajak Pencegahan Pendidikan Dadah (PPDa). Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk mencari wakil sekolah ke pertandingan daerah yang akan diadakan pada 12.04.2010 di SMK Bongawan 2.
Selepas para peserta berhempas pulas mendeklamasikan sajak dengan kreatifnya, johan dimenangi oleh Bibiana Fridolin (6 Bijak), tempat kedua Nur Atika Simen (6 Bijak), manakala tempat ketiga pula Norainie Petrus dan Nur Istiqamah Abd. Hamid. Kedua-duanya mendapat markah yang sama. Tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah menyertai pertandingan ini. Sesungguhnya kamu berani menyahut cabaran dan kepada murid-murid Tahun 5 Bestari pula, teruskan usaha semoga selepas ini kamu akan lebih berani untuk tampil ke depan.
Berbanyak terima kasih juga diucapkan kepada semua guru yang telah banyak membantu melicinkan aktiviti ini sama ada secara langsung mahupun tidak.
Johan, Bibiana Fredolin Naib Johan, Norainie Petrus

Tempat ketiga, Atikah Simen Tempat ketiga, Nur Istiqamah Abd. Hamid


Begitu khusyuk sekali.. Persembahan tahun 1 Barisan hakim yang sedang khusyu'



Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) KPM dan KPI Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

YAB Perdana Menteri telah mengumumkan fokus Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) bagi kerajaan apabila beliau mula memegang tampuk pimpinan negara. NKRA tersebut turut merangkumi bidang pendidikan negara yang dipertanggungjawabkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia. Bidang keutamaan yang dikenalpasti yang diberi keutamaan oleh negara ialah meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Di bawah NKRA KPM tersebut difokuskan kepada 4 sub-NKRA iaitu:


1. Prasekolah - dimana peningkatan 20% penyertaan kanak-kanak 5 tahun ke atas ke pendidikan prasekolah dengan menjadikan pendidikan prasekolah sebagai aliran perdana dalam sistem pendidikan kebangsaan pada tahun 2012.

2. Literasi dan Numerasi - di mana semua kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah pembelajaran boleh menguasai kemahiran literasi dan numerasi sebelum melangkah ke tahun 4 pada tahun 2012.

3. Sekolah Berprestasi Tinggi - di mana usaha KPM membangunkan 100 buah ' high performance schools ' termasuk 'trust schools' pada akhir tahun 2012.

4. Pengetua/Guru Besar - di mana bai'ah atau akujanji kepada Pengetua/Guru Besar berdasarkan 'performance based assessment' mulai tahun 2010.
Key Performance Indicator (KPI) atau Bidang Pengukuran Prestasi bagi KPPM telah ditetapkan berdasarkan kepada beberapa kpi :

1. Nisbah Guru:Murid mengikut sasaran tahun semasa ( Sekolah Menengah 1:17, Sekolah Rendah 1:16)
2. Penurunan kes disiplin sekolah sebanyak 0.02% setahun bagi semua jenis sekolah rendah dan sekolah menengah seluruh negara.
3. Peratus peningkatan sebanyak 1.0 % setahun bagi kadar pencapaian murid dalam Kelas Intervensi Awal (KIA2M).
4. Pencapaian pelajar berdasarkan Gred Purata Nasional pada peringkat UPSR (GPN=3.00), PMR (GPN=3.50), dan SPM (GPN = 6.00).
5. Peningkatan 2 % Guru Ijazah Terlatih di sekolah rendah dan 1 % di sekolah menengah.
6. Penurunan peratus jurang pencapaian pelajar bandar dan luar bandar (UPSR - 0.3%, PMR - 0.3%, dan SPM - 0.2%)

Saturday, March 27, 2010

HARI KUTIPAN YURAN SEKOLAH


Pada 26 Mac bersamaan hari Jumaat, SK Rampazan telah mengadakan hari membayar yuran oleh para ibu bapa bertempat di dewan terbuka sekolah. Ia bermula seawal pukul 7.30 pagi sehingga 10.30 pagi. Walau bagaimanapun, terdapat ibu bapa murid-murid yang datang pada jam 7 pagi! Sungguh bersemangat mereka membayar yuran yang berjumlah RM23.00 itu. Apa pun, walaupun guru-guru kelas kelihatan agak sibuk pada hari itu, namun mereka amat berpuas hati terhadap sambutan para ibu bapa.

Wednesday, March 17, 2010

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2010

Pada 12 Mac 2010 bersamaan dengan hari Jumaat yang lalu, SK Rampazan telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah bertempat di dewan terbuka sekolah. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah PERTANDINGAN NASYID dan DEKLAMASI SAJAK. Alhamdulillah, ianya berjalan dengan jayanya.


Murid-murid tahun 1 sedang menunggu giliran bernasyid..

Para Pemenang nasyid tahap 2

Para pemenang nasyid tahap 1


Hadiah pemenang dan cenderahati kepada para hakim berupa majalah SOLUSI. (Dapatkan di pasaran!)

Tahun 6 Bijak (Johan bagi Tahap 2)

Tahun 6 Bestari

Tahun 5

Tahun 4 Bijak

Tahun 3 Bijak (Johan bagi Tahap 1)

Tahun 2 Bijak

Tahun 1 Bijak

Barisan hakim-hakim yang terdiri daripada guru besar-guru besar dari zon Padawan.