Sunday, February 26, 2017

WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS PS DAN ICT 2017

Pada 27hb Februari 2017,semasa perhimpunan mingguan sekolah,seramai 23 pengawas Pusat Sumber dan 12 pengawas ICT telah menerima watikah perlantikan selepas berjaya menghabiskan bengkel PSS dan ICT dengan jayanya.
Semoga dengan perlantikan ini,dapat memajukan dan meningkatkan prestasi sekolah dalam membantu perlaksanaaan aktiviti-aktiviti sekolah.
Selain itu,wakil peserta zon Padawan ke Sukan Daerah yang baru-baru ini diadakan,iaitu pada 23-25Februari turut menerima sijil penghargaan dan ucapan tahniah daripada semua warga sekolah.
Tahniah atas kepercayaan yang diberi dan semoga semua dapat menjalankan tugas dengan cemerlang.




Wednesday, February 22, 2017

BENGKEL PENGAWAS PUSAT SUMBER DAN PENGAWAS ICT SEKOLAH

Pada 15 dan 16 Februari 2017,satu bengkel khas untuk pengawas PSS dan ICT sekolah diadakan di pusat sumber sekolah dan makmal komputer sekolah.Seramai 23 calon pengawas pusst sumber dan 13  orang calon pengawas ICT yang mendaftar untuk bengkel tersebut.

Antara pengisian bengkel ialah penerangan  tentang tugas-tugas pengawas PSS dan pengawas ICT, peraturan-peraturan di bilik makmal dan pusat sumber ,aktiviti kumpulan iaitu pembentangan dan juga persembahan slaid kumpulan.
Para peserta juga didedahkan dengan sistem buku dewey dan pengurusan bilik pusat sumbet dan bilik makmal.

Bagi calon pengawas ICT, mereka juga didedahkan dengan Microsoft Office iaitu word dan Power point presentation.

MAJLIS AKU JANJI DAN PENETAPAN TARGET UPSR 2017

Pada 22.2.2017,satu majlis aku janji dan penetapan target UPSR  bersama ibubapa pelajar Tahun 6 dilakukan di makmal SK Rampazan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh adik Arman bin Roslan.Seterusnya ucapan alu-aluan oleh guru besar,En Sabli bin Hj Sitam.Selepas itu ,ucapan daripada Timbalan YDP ,En Hashim Hambri. Majlis ini diteruskan dengan ceramah motivasi oleh Cikgu Amir bin Paijan.Selesai ceramah,majlis berhenti rehat untuk minum pagi.Seterusnya,aku janji dan penetapan target oleh para pelajar bersama-sama dengan ibubapa.Selepas itu,sesi bergambar dan majlis bersurai pada jam 1.00pm.

Antara gambar-gambar yang sempat diambil sepanjang majlis.












Sunday, February 19, 2017

LDP pertama-Pembelajaran Abad Ke 21



Pada 11 Februari 2017, satu bengkel LDP diadakan .Bengkel yang bertajuk : Pembelajaran Abad Ke 21 itu diadakan di Makmal Komputer SK Rampazan,Papar. Penceramah bengkel adalah seorang pegawai dari PPD  Papar,SISC+ yang juga merupakan bekas kakitangan SK Rampazan,Papar pada suatu ketika dulu..iaitu Cik Dayang Norliah Ali Omar.Bengkel bermula pada jam 8.30 dan berakhir pada jam 12.00 pm..
Antara pengisian bengkel pada hari tersebut adalah pembahagian kepada 4 kumpulan guru.Pembahagian dilakukan dengan menggunakan batang aiskrim berlainan warna dan selepas itu guru dikehendaki masuk ke kumpulan yang sama warna..Setiap kumpulan dikehendaki membuat moto dan yell dan mempersembahkan selepas habis tempoh masa yang diberi.
Setelah itu,persembahan slaid dan juga penerangan serta soal jawab tentang kefahaman guru berkaitan dengan pembelajaran abad ke 21 .
Setiap aktiviti yang dapat diselesaikan oleh kumpulan akan diberi penghargaan oleh penceramah,iaitu dengan mengecop kertas  kumpulan.
Aktiviti yang seterusnya iaitu menyenaraikan sikap guru yang disukai dan yang kurang digemari semasa.Tujuannya adalah untuk menilai peribadi guru sendiri setelah bergelar guru. Ianya dapat dijadikan pedoman dan refleksi guru .
Bengkel ini amat bermanfaat kepada semua guru kerana banyak yang boleh dipelajari dan dijadikan refleksi diri dan seterusnya dapat memantapkan lagi pengajaran dan pembelajaran abab ke 21 ini.








Tuesday, February 14, 2017

MSSZ Padawan 2017

Pada 7-9hb Februari,2017,seperti tahun-tahun sebelumnya,kkejohanan sukan sekolah dalam zon di adakan.Pada tahun ni,sekolah telah menghantar seramai 19 orang atlit untuk menyertai pertandingan yang diadakan. Ketua Kontigen SK Rampazan adalah guru besar sendiri,Encik Sabli bin Hj Sitam,pengurus pasukan adalah PK Kokurikulum ,Encik Nasarudin Wahab dan jurulatih adalah Cikgu Md Amir Paijan.

Pada tahun ini,sekolah berjaya mendapat ke 5 dengan pungutan 2 pingat perak oleh adik Yusri Yasim dalam acara 200m , 100m  dan  pingat gangsa kategori lelaki 4 x 100.

Friday, February 10, 2017

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN RM100

Pada 10hb Februari,satu majlis penyerahan bantuan RM100 diadakan di dewan terbuka SK Rampazan,Papar.Majlis dimulakan dengan ucapan Guru Besar,Encik Sabli bin Hj Sitam.Dalam ucapan beliau, beliau menyeru kepada ibu bapa agar dapat menggunakan wang bantuan tersebut sebaik-baiknya untuk kegunaan anak-anak mereka terutama dari segi penyediaan alat-alat tulis,pakaian dan keperluan persekolahan yang lain.Beliau seterusnya memaklumkan bahawa bantuan tersebut diedarkan secara berperingkat di mana murid-murid tahap dua yang layak dibahagi dahulu,manakala murid-murid tahap 1akan diberi apabila peruntukan tiba.
Selepas ucapan beliau,penyerahan bantuan RM100 pun bermula.