Friday, April 28, 2017

Majlis Sambutan Israk Mikraj Sekolah 28.4.2017



Majlis Penyerahan Buku-Buku Cerita oleh YDP PIBG Sekolah

Pada 26.4.2017, YDP PIBG SK Rampazan,Encik Hassim Hambri telah menyerahkan buku-buku cerita untuk kegunaan para pelajar SK Rampazan ,Papar.Puan Tuan Marzunita Tuan Sulaiman selaku GPM sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan tersebut.YDP PIBG berharap para pelajar mendapat manfaat sepenuhnya daripada buku-buku tersebut.

Majlis Penyerahan Smartphone Yes Altitude 27.4.2017






 Majlis ini diadakan di dewan SK Rampazan pada 27.4.2017.Penyerahan disampaikan oleh guru besar SK Rampazan,Papar, Encik Sabli Bin Hj Sitam .Selepas majlis  penyerahan ,satu taklimat ringkas dan demo tentang cara penggunaan smartphone Yes  diadakan oleh  Pen.Kanan Kokum, Encik Nasarudin Wahab dan guru ICT Sekolah Puan Louisa A.J . 
Guru-guru kini boleh akses ke frog vle  dengan menggunakan platform yang telah disediakan di dalam smartphone tersebut.

Friday, April 21, 2017

Majlis Penutupan Minggu Disiplin 2017


Pada 21.4.2017,Majlis Penutupan Minggu Disiplin diadakan.Murid-murid berkumpul di dewan sekolah sebaik sahaja loceng berbunyi.Lagu Negaraku ,Sabah Tanah airku dan Lagu Sekolah dinyanyikan dan selepas itu bacaan doa untuk memberkati majlis yang disampaikan oleh ketua pengawas sekolah, adik Arman Mohd Roslan.
Setelah itu ucapan daripada ketua disiplin sekolah,Pn Zahara Abd Karim selaku penganjur.Beliau berharap agar murid-murid dapat mematuhi peraturan sekolah dan menjadi murid yang lebih berdisiplin.
Setelah itu,ucapa perasmian penutupan oleh guru besar,En Sabli Hj Sitam.Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang terlibat dan yang telah menunjukkan komitmen tinggi dalam apa jua aktiviti yang dianjurkan di sekolah.Beliau juga memuji sikap murid-murid yang menunjukkan disiplin dan berharap semoga disiplin semua murid akan terus dikekalkan dan ditingkatkan.
Setelah itu,acara penyerahan hadiah kepada semua kumpulan yang menang.
Tahniah kepada kumpulan yang menang.

Wednesday, April 19, 2017

LAWATAN PENANDAARASAN PAK21 KE SK KIMANIS DAN SK MANDAHAN

Lawatan Penandaarasan PAK21 ke SK Kimanis dan SK Mandahan pada 20.4.2017

Hari Keempat Minggu Disiplin 20 April 2017. Ceramah "Indahnya Akhlakmu" yang disampaikan oleh Encik Muhammad Amir Bin Paijan. Dalam pengisian ceramah tersebut menekankan tentang "Akhlak", Selain itu menjaga pergaulan dan tingkah laku sesama ahli keluarga, orang yang lebih tua dan rakan sebaya. Aktiviti ceramah tersebut dengan kerja sama Unit Disiplin, Unit Bimbingan, Panitia PAI & Bahasa Arab, Panitia Moral dan Panitia Bahasa Melayu.

Minggu Disiplin Sekolah






Hari kedua Minggu Disiplin 18 April 2017 (Selasa) bermula jam 7:40 hingga 09:40 pagi. Tajuk "Kitar Semula" murid yang terlibat ialah tahap satu (Tahun 1, 2 & 3). Diadakan aktiviti mewarna, menggunting dan menampal mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Aktiviti ini dijalankan agar murid dapat mengamalkan 3R (Reduce,Reuse,Recycle) dalam kehidupan seharian.