Monday, April 26, 2010

GOTONG ROYONG SEKOLAH - 24 April 2010



BENGKEL HEAD COUNT & PEMBINAAN ITEM

Pasukan Gerak SAGA Bahasa Inggeris Zon Padawan 2010 telah mengadakan Bengkel Head Count & pembinaan item pada hari ini, 26 April 2010 (Isnin) bertempat di Bilik Gerakan, SK Rampazan, Papar. Ia telah dihadiri oleh guru-guru bahasa Inggeris serta ketua-ketua panitia daripada 10 buah sekolah di dalam zon Padawan. There were SK Rampazan, SK Limputong, SK Gana, SK Kambizaan, SK Sacred Heart, SK St. Mary, SK Sabandil, SK. Kayau dan SK Kogopon. The speaker was Mdm. Raf Linda, who is the Ketua Pasukan Gerak Saga Daerah for UPSR English subject and also teaching in SK Rampazan. It was done very well. Thanks to all the teachers for your commitment and supports. Alhamdulillah..



BENGKEL HEAD COUNT & PEMBINAAN ITEM






PERTANDINGAN MENGEJA BAHASA MELAYU TAHAP 1

Gelagat Peserta semasa Pertandingan







Pagi tadi 26 April 2010 telah diadakan aktiviti terakhir Bahasa Melayu sempena Bulan Akademik. Penyelaras ialah Pn. Masneh Papang dan setiap kelas diminta menghantar 3 orang wakil. Hakim pertandingan terdiri daripada Cik Dg. Rassiyah dan Ustz Ahmed Nazif, manakala Pn. Masneh selaku juruacara. Aktiviti berlangsung dengan lancar dan agak menyeronokkan kerana murid-murid lain yang tidak mengambil bahagian turut serta mengeja perkataan yang disebutkan. Berlaku persaingan sengit dalam kalangan peserta untuk menentukan kejuaraan dan keputusan telah diambil iaitu 'siapa cepat dia dapat'...akhirnya pemenangnya terdiri daripada wakil Tahun 3 Bijak iaitu Rosario (Johan), Khairul Daniel (Ke-2), Nadiah (ke-3).Walaupun wakil Tahun 1 dan 2 tidak berjaya mendapat sebarang tempat tetapi mereka juga telah memberikan saingan hingga ke pusingan kedua.




Wednesday, April 21, 2010

Pertandingan Bercerita & Pidato BM Tahap 2







Hari ni pertandingan untuk Tahap 2 dan dikendalikan oleh Cik Dg. Rassiyah selaku penyelaras. Secara keseluruhannya, aktiviti berjalan seperti yang dirancang dan pemenang telah pun diketahui. Agak mendukacitakan sedikit ialah disiplin murid-murid semasa menyaksikan rakan-rakan mereka menyampaikan cerita ataupun pidato. Suasana di dewan yang agak bising dengan pelbagai gelagat penonton yang tidak duduk diam. Selaku orang yang bertanggungjawab dalam aktiviti ini aku akan memikirkan cara yang terbaik untuk memastikan murid-murid ini lebih berdisiplin esok, insyallah...

Tuesday, April 20, 2010

PERTANDINGAN BERCERITA BM TAHAP 1

Aktiviti ini telah diadakan pada 20.04.2010 bertempat di dewan terbuka. Seramai 17 peserta bersaing merebut kejuaraan tahun ni. Nampaknya, bilangan peserta meningkat pada tahun ni. Syabas diucapkan kepada semua murid tahap 1 kerana berani menyahut cabaran dan tampil di hadapan. Syabas! Dan semoga kamu teruskan usaha pada tahun-tahun akan datang. Pemenang pada tahun ini, johan Khairul Daniel Mohd. Zainie @ Oneil (tahun 3), tempat kedua Khaireez Adib Mohd. Zainie (tahun 1), dan ketiga Hasmidah Jamil (tahun 3). Johan akan mewakili sekolah ke pertandingan peringkat zon dan daerah yang bakal menyusul tidak lama lagi.




Saturday, April 17, 2010

MINI READING COMPETITION

A Mini Reading Competition for level 1 was held on Friday, 16th. Pupils were required to read a text for about 3 minutes. Evaluation would be on the pronunciation, fluency, articulation, mood and tempo. The judges were Mdm. Linda and Sir Nasarudin. Teacher in-charge was Mdm. Louisa. Around 28 pupils participated in this competition. Congratulations for their participation.






Wednesday, April 14, 2010

AKTIVITI TULISAN CANTIK BAHASA ARAB

Pada 13hb April, aktiviti tulisan cantik telah diadakan bagi tahap 1 buat julung-julung kalinya. Guru-guru yang bertanggungjawab ialah Ustazah Wan, Ustazah Fahrizah, Ustaz Nazif dan Ustazah Azizah. Apa yang menarik ialah murid-murid non-muslim begitu bersemangat sekali dan tulisan arab mereka telah mengatasi murid-murid Islam! Wah!