Monday, June 27, 2011

JOHAN PIDATO MILIK SK RAMPAZAN!


Murid SK Rampazan, Adik Amira Mustari, tahun 6 Bijak mendapat JOHAN di Pertandingan Pidato Peringkat Daerah Papar yang diadakan pada 28 Jun 2011 di SK Kelanahan. Beliau akan mewakili Papar ke perongkat Negeri di Tawau pada 3-6 Julai ini. Good luck!, insyaAllah..

Sunday, June 26, 2011

HARI GURU PERINGKAT DAERAH PAPAR

Hari Guru Peringkat Daerah telah berlangsung pada Sabtu, 25 Jun 2011 di Dewan Serbaguna Pekan Papar. SK Rampazan telah berjaya mendapat ANUGERAH CEMERLANG KURIKULUM SEKOLAH RENDAH DAERAH PAPAR! Tahniah!!


Tuesday, June 21, 2011

PERTANDINGAN LUKISAN


Bagi memilih peserta untuk mewakili ke pertandingan Lukisan Ke-3, Anjuran United Nations Girls Education Initiative (UNGEI), Persatuan Pendidikan Seni & Kebudayaan dan PP Seni Visual telah mengadakan Pertandingan Lukisan di peringkat sekolah pada hari ini, 22 Jun, jam 1 petang.

JOHAN PERTANDINGAN MODEL KERJAYA PERINGKAT DAERAH

Pertandingan Model Kerjaya, sempena Karnival Kaunseling dan Kerjaya Peringkat Daerah Papar telah diadakan pada 21 Jun 2011 bertempat di SMK Bongawan 2. Wakil sekolah, Adik Dg. Nursyasya Ag. Yaacub, Adik Khairul Daniel dan Adik Nadiah Roslan semuanya merupakan murid-murid tahun 4 telah berjaya menjadi JOHAN. Tahniah!