Saturday, March 11, 2017

BENGKEL CELIK ICT

Pada 11hb Mac 2017, satu bengkel telah diadakan di makmal sekolah .Terdapat 3 slot di dalam bengkel tersebut.Slot pertama adalah tentang SKPMG2 yang disampaikan oleh JU SKPMG2 Papar, Encik Jaikin Baranting yang juga merupakan seorang guru besar di SK Sacred Heart ,Biau, Papar.

Guru Besar ,Encik Sabli Hj Sitam menberikan kata-kata aluan kepada semua  guru yang hadir dan atas komitmen yang tinggi dapat hadir walaupun hujung minggu adalah masa untuk guru bersama dengan keluarga.

Slot kedua yang bertajuk Frog Vle disampaikan oleh guru ICT Sekolah ,iaitu Pn Louisa A.Jakim. Bengkel ini lebih merupakan pendedahan semula kepada guru-guru sebagai menyahut seruan KPM dalam fasa ke 2 projek Bestarinet. Bengkel ini juga merupakan kesempatan bagi guru-guru yang kurang mahir di mana mereka diajar langkah demi langkah cara-cara login, mengedit dan memasukkan media di dashboard mereka.

Manakala slot ketiga yang bertajuk eRPH disampaikan oleh Pen.Kanan Kokurikulum  Sekolah Encik Nasarudin Wahab. eRPH mempunyai hubungkait dengan frog VLE yang mana menggunakan aplikasi Google Drive dalam Frog Vle untuk membuat ataupun memuat naik rancangan pengajaran harian guru dan seterusnya pentadbir boleh memeriksa rancangan harian guru  dan memberi komen secara online .

Penyampaian sijil penghargaan kepada semua penceramah oleh Guru Besar ,Encik Sabli Hj Sitam .