Monday, February 28, 2011

MTQ PERINGKAT ZON PADAWAN 2011

MTQ Peringkat Zon Padawan telah berlangsung pada 24 Feb 2011 bertempat di SK Kayau, Papar. Seramai 7 orang wakil murid SK Rampazan telah mengambil bahagian dalam acara tilawah, hafazan dan bercerita. Tahniah kepada murid SK Rampazan iaitu Adik Khairul Daniel (tahun 4) yang telah menjadi Johan bercerita lelaki, Adik Mohd. Arif Abd. Hamid (tahun 4) yang menjadi Johan hafazan lelaki dan Adik Masyitah (tahun 6) yang juga menjadi Johan hafazan perempuan. Alhamdulillah dan tahniah! Mereka akan mewakili zon Padawan di peringkat daerah nanti. Good luck!


KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS (HARI KE- 3)

Hari terakhir kursus, calon-calon pengawas yang terpilih begitu komited dan menunjukkan sikap yang positif. Aktiviti hari terakhir:
1. Pengendalian perhimpunan
2. Mengikat tali leher
3. Menulis azam sebagai pengawas
4. latihan ikrar pengawas.
Watikah pelantikan akan diberikan pada hari Isnin. Pengawas yang baru pula begitu teruja kerana kali pertama dilantik sebagai pengawas sekolah. Diucapkan selamat bertugas!!

Tuesday, February 22, 2011

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS (HARI KE- 2)





Aktiviti pada hari ke-2 ialah:
1. Pengendalian perhimpunan 1
2. Ceramah 2 (Tugas Seorang Pengawas)
3. Kajian kes 1
4. Cabaran fizikal dan mental

Kesemua murid bersemangat mengikuti aktiviti yang telah ditetapkan.

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS (HARI 1)




Seramai 20 orang murid yang terpilih selepas proses temu duga mula mengikuti kursus pada hari ini. Kursus di bawah kendalian Unit Bimbingan sekolah dan akan dijalankan selama 3 hari bermula pada 22 - 25 Februari. Aktiviti pada hari ini ialah:
1. Ice breaking
2. Ceramah 1 (Ciri-ciri Seorang Pengawas)
3. Kajian kes 1
4. Penulisan skrip pengendalian perhimpunan
5. Doa

Thursday, February 17, 2011

MSSZ Padawan



Begitu la gelagat murid-murid S.K Rampazan sebelum, semasa dan selepas kawad kaki di padang S.K Limputong sempena MSSZ Padawan..S.K Rampazan telah mendapat tempat pertama dalam kawad kaki manakala sukan pula mendapat tempat ke-5 dalam zon padawan hehe..

Saturday, February 12, 2011

MSSM Zon Padawan 2011

MSSM Zon Padawan telah diadakan pada 8 - 10 Februari di padang SK Limputong. Atlet sekolah turut mengambil bahagian dalam kesemua acara dan hanya berjaya merangkul 1 pingat gangsa dalam acara lompat tinggi perempuan. Namun begitu, dalam acara perbarisan, team kita telah berjaya mengekalkan kejuaraan pada tahun ini dan akan mewakili zon ke MSSD nanti. Tahniah & teruskan kecemerlangan SKRP. Cayok cayok!!!


Saturday, February 5, 2011

MAJLIS JAMUAN PERSARAAN MANTAN GURU BESAR


Majlis ini telah diadakan pada 29 Januari di Novotel 1B. Walaupun jauh tetapi semua guru hadir sebagai tanda sokongan dan terima kasih kepada mantan guru besar iaitu cikgu Saidali. Sememangnya sepanjang beliau menerajui sekolah, banyak kejayaan cemerlang telah dapat dicapai sama ada dalam bidang akademik, kokurikulum, mahupun keceriaan sekolah. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Cikgu Saidali dan semoga beliau akan terus sukses dan sihat sejahtera.


MAJLIS JAMUAN PERSARAAN MANTAN GURU BESAR







Majlis ini telah diadakan di Novotel 1B pada 29 januari 2011. Semua guru hadir sebagai tanda penghargaan atas usaha dan jasa Cikgu saidali kepada sekolah. Suasana agak sedih terutamanya semasa mendengar ucapan daripada mantan GB tetapi kembali ceria selepas itu dengan adanya tayangan slide yang istimewa....Tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Cikgu Saidali atas komitmen serta kejayaan yang telah dicapai sepanjang menerajui sekolah ini...kepada semua guru juga diucapkan syabas kerana kita semua adalah warga SKRP yang mantap dan saling bekerjasama..