Thursday, April 28, 2011

PERTANDINGAN MENGEJA (TAHAP 1)

29.04.2011 (Jumaat) - Aktiviti sempena Bulan Bahasa Melayu diteruskan dengan pertandingan mengeja perkataan. Persaingan sengit berlaku antara wakil-wakil kelas yang bertanding. Setiap kelas menghantar 3 orang wakil masing-masing. Johan adalah milik wakil daripada Tahun 1. Tahniah! Kepada peserta-peserta lain, teruskan usaha dan cuba lagi pada tahun hadapan.

PROGRAM MOTIVASI KEIBUBAPAAN 'HATI KE HATI'

28.04.2011 (Khamis) - Program ini telah berjalan dengan lancar. Maklum balas daripada ibu bapa sangat positif dan amat menyokong program ini untuk kemajuan anak-anak mereka dalam pelajaran. Ibu bapa dan guru-guru dapat berkongsi maklumat serta permasalahan yang dihadapi oleh murid-murid yang terlibat. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam program ini.

Wednesday, April 27, 2011

PERSIAPAN SEBELUM PROGRAM MOTIVASI


Semua guru dan murid bekerjasama menceriakan kelas, dewan, dan bilik gerakan. Akhirnya, dewan berubah wajah. Begitu juga dengan bilik gerakan yang diketuai oleh Ustazah Wan & co. Sememangnya warga SKRP sungguh EFEKTIF. Inilah yang dikatakan teamwork. Awal pagi lagi sudah berada di bilik gerakan untuk menyiapkan apa-apa yang patut. Hasilnya, bilik ini berubah menjadi lebih ceria dan menarik...

Tuesday, April 26, 2011

MEMBACA BERITA (Saringan)

Saringan pertandingan Membaca Berita telah diadakan di dewan. Saringan telah dijalankan selama 2 hari. Aktiviti ini mendapat sambutan yang hangat. Nampaknya, ramai murid yang berminat untuk menjadi pembaca berita...

Monday, April 25, 2011

BULAN BAHASA MELAYU 2011




Bulan Bahasa Melayu diadakan pada setiap April. Seperti tahun-tahun lepas, beberapa aktiviti telah dirancang untuk mencungkil bakat serta kebolehan murid. Tema pada tahun ini ialah "Wah, Seronoknya Berbahasa Melayu!". Aktiviti Tahap 1 ialah pertandingan bercerita, tulisan cantik, dan mengeja perkataan. Tahap 2 pula bercerita, pidato, membina perkataan, dan membaca berita. Ia bermula daripada 20 April iaitu minggu lalu sehingga 19 Mei. Gambar-gambar di atas menunjukkan saringan untuk pertandingan membaca berita bagi tahap 2 sedang dijalankan.