Thursday, May 26, 2011

SUKAN SEKOLAH (HARI KE-4)

26.05.2011 - Hari terakhir sukan ialah acara balapan (100m, 200m, 4x100m, dan 4x200m). Acara baru pada tahun ini ialah 70m lelaki dan perempuan C (Tahun 1 dan Tahun 2). Turut hadir ialah mantan guru besar iaitu Cikgu Saidali Hj Ag. Damit yang bertindak sebagai pelepas bagi acara akhir. Acara selingan pula ialah rebut gula-gula untuk murid-murid Tahun 1, Tahun 2, dan Prasekolah. Meriah sungguh suasananya apabila acara dilangsungkan. Bagi sukan tahunan pula, juara keseluruhan ialah Rumah Kuning, kedua Rumah Merah, dan ketiga Rumah Hijau. Olahragawan ialah Putera Nurhisyam Hashim (6 Bijak) dan olahragawati ialah Zara Jamin (6 Bestari). Sememangnya sukan tahunan pada kali ini lebih meriah berbanding pada tahun-tahun yang lepas. Syabas dan tahniah kepada semua warga SKRP yang telah bekerjasama menjayakannya.

Wednesday, May 25, 2011

SUKAN SEKOLAH (HARI KE-3)

25.05.2011 - 4 acara akhir dipertandingkan hari ini iaitu lompat jauh (lelaki/perempuan) dan lontar peluru (lelaki/perempuan). Rumah Kuning mendominasi pingat emas pada hari ini dengan mengutip 3 emas manakala Rumah Hijau 1 emas, dan Rumah Merah masih dalam misi untuk mendaptkan emas pertama mereka. Sebelum acara dijalankan, guru-guru sibuk menambah pasir di arena kerana kesan lumpur akibat hujan lebat pada hari pertama.

Tuesday, May 24, 2011

SUKAN SEKOLAH (HARI KE-2)

24.05.2011 - Acara pada hari ini ialah lompat jauh dan lontar peluru. Setiap ahli rumah sukan cuba untuk mengutip mata sebanyak yang mungkin. Walaupun jarak yang ditetapkan agak sukar untuk dilepasi tetapi murid-murid tetap bersemangat untuk mencuba yang terbaik.

Monday, May 23, 2011

SUKAN SEKOLAH (HARI 1)







23.05.2011 - Sukan tahunan tetap dijalankan seperti yang dijadualkan walaupun hujan turun sejak awal pagi lagi. Hari ni bermulanya sukan tara. Selesai sahaja perhimpunan di dewan, murid-murid diarahkan menukar pakaian mereka dan berkumpul di padang. Disebabkan hujan yang turun mencurah-curah, akibatnya padang digenangi air namun ia tidak menghalang semangat setiap rumah sukan untuk mengumpulkan mata. Aksi-aksi dalam gambar menunjukkan kemeriahannya...