Hari ni (22.01.2011) sekolah ganti utk cuti TBC...turut diadakan pendaftaran pemilihan utk 3 kegiatan kokurikulum murid. Unit Beruniform terdiri daripada TKRS, PPIM, dan PBSM...Persatuan Akademik pula ialah Persatuan Bahasa, Seni & Kebudayaan, Matematik dan Sains, dan Persatuan Agama Islam...untuk Kegiatan Permainan ada bola sepak, bola jaring, dan bola baling sahaja. Selepas selesai aktiviti di dewan, guru-guru & ktbm bermesyuarat staf di bilik gerakan yang tamat pada pukul 1.00pm. Gambar2 akan di upload kemudian...
Saturday, January 22, 2011
Wednesday, January 12, 2011
Monday, January 3, 2011
HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2011
Alhamdulillah..Hari ini hari pertama persekolahan bermula..murid tahun 1 sibuk mendaftar masuk..seramai lebih kurang 27 orang semuanya. Mantan guru besar, En. Saidali Hj. Ag. Damit juga menyampaikan ucapan terakhirnya di perhimpunan pagi tadi. Selepas ini, beliau akan pergi meninggalkan kami kerana telah berpencen..Jasamu tetap dikenang cikgu..dan kami akan sentiasa menjemput gb untuk apa-apa pertolongan kerana beliau seorang 'handyman'..keceriaan sekolah banyak dihasilkan oleh tangan beliau, daripada menyimen, 'paitung' dan membuat sculpture di sekolah..sungguh kreatif sekali beliau..thanks again gb!
Thursday, November 25, 2010
CONGRATULATIONS!!
TAHNIAH kepada semua murid yang mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini. Semoga ia menjadi pendorong dan menaikkan semangat kepada adik-adik kita yang bakal menghadapi peperiksaan tahun hadapan. Juga tahniah kepda semua guru yang bertungkus lumus daripada tahun 1 - tahun 6 sehingga membawa kejayaan kepada murid-murid. Alhamdulillah! May Allah bless us! By the way, HAPPY HOLIDAY!!!!!!!!!!
Saturday, November 20, 2010
Hari Anugerah Murid Cemerlang 2010
Telah diadakan pada 19. 11. 2010 (Jumaat) dan dirasmikan oleh PPD. Semua pihak berasa bangga atas pencapaian sekolah pada tahun ini sama ada dari segi kualiti mahupun kuantiti. PPD memberitahu SKRP berada pada kedudukan kedua sekolah terbaik di daerah Papar pada tahun ini, alhamdulillah. Syabas diucapkan kepada 4 orang murid yang berjaya mendapat 5A iaitu Elvin Louie Chiew, Jayadi Mustari, Mohd. hafiz Farhan, dan Nur Irdina Ahmad. Kepada murid-murid lain juga diucapkan tahniah atas pencapaian cemerlang yang ditunjukkan.
Penyampaian Slip UPSR 2010
ELVIN CHIEW - 5A
12. 11. 2010. Guru Besar berasa bangga dengan pencapaian UPSR pada tahun ini. Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua murid atas kecemerlangan yang ditunjukkan.
12. 11. 2010. Guru Besar berasa bangga dengan pencapaian UPSR pada tahun ini. Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua murid atas kecemerlangan yang ditunjukkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)