Wednesday, May 18, 2011

KEM MOTIVASI UPSR ZON PADAWAN

Kem Motivasi UPSR peringkat Zon Padawan telah diadakan pada 13 - 15 Mei 2011 di DZ Resort, Kimanis. Kem ini disertai oleh 6 buah sekolah termasuk SK Rampazan dan melibatkan seramai 74 orang peserta dari kalangan murid-murid tahun 6. Saksikan sendiri gambar-gambar di atas untuk melihat perjalanan program.

Wednesday, May 11, 2011

PERTANDINGAN BERCERITA PERINGKAT DAERAH PAPAR

11 Mei 2011 - Aktiviti telah dijalankan di SK Surati. Sebanyak 19 buah sekolah menyertai pertandingan ini. Syabas dan tahniah kepada wakil sekolah iaitu Khairul Daniel Mohd. Zainie (Tahap 2) dan Khaireez Adib Mohd. Zainie (Tahap 1) yang telah muncul sebagai johan bagi kedua-dua kategori. Selamat berjuang di peringkat negeri pula. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada murid-murid yang lain untuk sama-sama berusaha mengharumkan nama sekolah.

PERTANDINGAN PIDATO

05.05.2011 - Aktiviti ini telah diadakan secara tertutup di pusat sumber memandangkan kurangnya penyertaan. Namun begitu, peserta yang mengambil bahagian telah membuat persembahan yang terbaik. Johan akan mewakili sekolah ke peringkat daerah yang akan diadakan pada penghujung bulan Mei nanti. Gambar semasa pertandingan tidak sempat diambil. Harap maaf.

PERTANDINGAN BERCERITA TAHAP 1 DAN 2

04.05.2011 (Rabu) - Aktiviti telah disertai oleh murid-murid yang berminat. Gelagat mereka boleh kita lihat melalui gambar-gambar berikut. Johan kedua-dua tahap akan mewakili sekolah ke peringkat daerah yang bakal diadakan pada 11.05.2011 di SK Surati.

Tuesday, May 3, 2011

PERTANDINGAN MEMBINA PERKATAAN

03. 05. 2011 - Program Bulan Bahasa Melayu diteruskan dengan aktiviti Membina Perkataan. Aktiviti ini terbuka kepada semua murid Tahap 2 sahaja. Inilah aksi-aksi mereka semasa aktiviti dijalankan. Kesemuanya menggunakan kemahiran berfikir untuk menghasilkan perkataan baharu daripada perkataan yang diberi oleh Cikgu Dg. Rassiyah.

Thursday, April 28, 2011

PERTANDINGAN MENGEJA (TAHAP 1)

29.04.2011 (Jumaat) - Aktiviti sempena Bulan Bahasa Melayu diteruskan dengan pertandingan mengeja perkataan. Persaingan sengit berlaku antara wakil-wakil kelas yang bertanding. Setiap kelas menghantar 3 orang wakil masing-masing. Johan adalah milik wakil daripada Tahun 1. Tahniah! Kepada peserta-peserta lain, teruskan usaha dan cuba lagi pada tahun hadapan.

PROGRAM MOTIVASI KEIBUBAPAAN 'HATI KE HATI'

28.04.2011 (Khamis) - Program ini telah berjalan dengan lancar. Maklum balas daripada ibu bapa sangat positif dan amat menyokong program ini untuk kemajuan anak-anak mereka dalam pelajaran. Ibu bapa dan guru-guru dapat berkongsi maklumat serta permasalahan yang dihadapi oleh murid-murid yang terlibat. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam program ini.