Monday, May 23, 2011

SUKAN SEKOLAH (HARI 1)







23.05.2011 - Sukan tahunan tetap dijalankan seperti yang dijadualkan walaupun hujan turun sejak awal pagi lagi. Hari ni bermulanya sukan tara. Selesai sahaja perhimpunan di dewan, murid-murid diarahkan menukar pakaian mereka dan berkumpul di padang. Disebabkan hujan yang turun mencurah-curah, akibatnya padang digenangi air namun ia tidak menghalang semangat setiap rumah sukan untuk mengumpulkan mata. Aksi-aksi dalam gambar menunjukkan kemeriahannya...

PENUTUPAN BULAN BAHASA MELAYU







23.05.2011 - Aktiviti sempena Bulan Bahasa Melayu telah berakhir dan pemenang bagi setiap aktiviti pun telah diketahui. Perasmian penutupan dilakukan oleh Pn. Haslina Puteh (Pen. Kanan I). Selain penyampaian hadiah, turut diadakan persembahan bercerita dan pidato daripada para pemenang.

Saturday, May 21, 2011

KEK HARI GURU

19. 05. 2011 - Sebiji kek sempena hari guru telah disumbangkan oleh YB Datuk Rosnah & Datuk Ghulam. Setiap sekolah di Papar telah mendapat kek ini.

Wednesday, May 18, 2011

CERAMAH KESELAMATAN




Hari ni satu ceramah mengenai keselamatan diadakan di S.K Rampazan. Penceramahnya ialah Sarjan Yusof Mutek. Beliau banyak menyentuh mengenai kes-kes ponteng sekolah dan dadah yang banyak berlaku pada masa kini. Oleh itu, diharap murid-murid dapat menyedari dan mengambil iktibar daripada ceramah yang diberikan.

KEM MOTIVASI UPSR ZON PADAWAN

Kem Motivasi UPSR peringkat Zon Padawan telah diadakan pada 13 - 15 Mei 2011 di DZ Resort, Kimanis. Kem ini disertai oleh 6 buah sekolah termasuk SK Rampazan dan melibatkan seramai 74 orang peserta dari kalangan murid-murid tahun 6. Saksikan sendiri gambar-gambar di atas untuk melihat perjalanan program.

Wednesday, May 11, 2011

PERTANDINGAN BERCERITA PERINGKAT DAERAH PAPAR

11 Mei 2011 - Aktiviti telah dijalankan di SK Surati. Sebanyak 19 buah sekolah menyertai pertandingan ini. Syabas dan tahniah kepada wakil sekolah iaitu Khairul Daniel Mohd. Zainie (Tahap 2) dan Khaireez Adib Mohd. Zainie (Tahap 1) yang telah muncul sebagai johan bagi kedua-dua kategori. Selamat berjuang di peringkat negeri pula. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada murid-murid yang lain untuk sama-sama berusaha mengharumkan nama sekolah.

PERTANDINGAN PIDATO

05.05.2011 - Aktiviti ini telah diadakan secara tertutup di pusat sumber memandangkan kurangnya penyertaan. Namun begitu, peserta yang mengambil bahagian telah membuat persembahan yang terbaik. Johan akan mewakili sekolah ke peringkat daerah yang akan diadakan pada penghujung bulan Mei nanti. Gambar semasa pertandingan tidak sempat diambil. Harap maaf.