Thursday, July 7, 2011
PERTANDINGAN BERCERITA PERINGKAT NEGERI
Pertandingan Bercerita Peringkat Negeri telah diadakan pada 4 - 6 Julai di Tawau baru-baru ini. Peserta Pertandingan Bercerita tahap 2 dari SK Rampazan, Adik Khairul Daniel yang berumur 10 tahun telah mendapat tempat ketiga manakala Adik Khaireez Adib dari tahap 1 mendapat tempat ketujuh daripada 18 orang peserta. Tahniah!
Monday, July 4, 2011
Monday, June 27, 2011
JOHAN PIDATO MILIK SK RAMPAZAN!
Murid SK Rampazan, Adik Amira Mustari, tahun 6 Bijak mendapat JOHAN di Pertandingan Pidato Peringkat Daerah Papar yang diadakan pada 28 Jun 2011 di SK Kelanahan. Beliau akan mewakili Papar ke perongkat Negeri di Tawau pada 3-6 Julai ini. Good luck!, insyaAllah..
Sunday, June 26, 2011
HARI GURU PERINGKAT DAERAH PAPAR

Tuesday, June 21, 2011
PERTANDINGAN LUKISAN
Bagi memilih peserta untuk mewakili ke pertandingan Lukisan Ke-3, Anjuran United Nations Girls Education Initiative (UNGEI), Persatuan Pendidikan Seni & Kebudayaan dan PP Seni Visual telah mengadakan Pertandingan Lukisan di peringkat sekolah pada hari ini, 22 Jun, jam 1 petang.
JOHAN PERTANDINGAN MODEL KERJAYA PERINGKAT DAERAH
Pertandingan Model Kerjaya, sempena Karnival Kaunseling dan Kerjaya Peringkat Daerah Papar telah diadakan pada 21 Jun 2011 bertempat di SMK Bongawan 2. Wakil sekolah, Adik Dg. Nursyasya Ag. Yaacub, Adik Khairul Daniel dan Adik Nadiah Roslan semuanya merupakan murid-murid tahun 4 telah berjaya menjadi JOHAN. Tahniah!
Subscribe to:
Posts (Atom)

















