Tuesday, March 15, 2011
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2011
Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah SK Rampazan telah diadakan pada 11 Mac baru-baru ini. Acara seperti persembahan nasyid, hafazan bagi Johan hafazan lelaki peringkat daerah MTQ serta pertandingan bercerita telah menambahkan lagi seri majlis tersebut. Ceramah sempena majlis tersebut juga telah disampaikan oleh Ustaz Zamri, penolong pengarah operasi j-Qaf dari SPIM, JPNS.
Wednesday, March 9, 2011
BENGKEL PEMBINAAN ITEM BAHASA MELAYU 2011
1 Bengkel pembinaan item Bahasa Melayu bagi guru-guru Bahasa Melayu Zon Padawan telah diadakan pada 10 Mac 2011, jam 8.30 pagi bertempat di Bilik Gerakan SK Rampazan. Penceramah ialah Cik Dg. Norliah Ali Omar, Ketua PGSD BM Daerah Papar 2011.
CERAMAH ESQ DALAM PENDIDIKAN
Pada 9 Mac 2011, jam 2 petang, bertempat di Bilik Gerakan, SK Rampazan di bawah program LDP telah mengadakan ceramah motivasi guru yang telah disampaikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Sipitang, Encik Abd. Razak Abd. Karim. Tajuk ceramah ialah ESQ DALAM PENDIDIKAN. Ceramah tersebut amat menarik sekali dan memberi kesan yang mendalam dalam diri guru. Terima kasih atas input yang diberikan. Semoga ia membawa manfaat yang besar kepada kami.
Monday, March 7, 2011
Monday, February 28, 2011
MTQ PERINGKAT ZON PADAWAN 2011
MTQ Peringkat Zon Padawan telah berlangsung pada 24 Feb 2011 bertempat di SK Kayau, Papar. Seramai 7 orang wakil murid SK Rampazan telah mengambil bahagian dalam acara tilawah, hafazan dan bercerita. Tahniah kepada murid SK Rampazan iaitu Adik Khairul Daniel (tahun 4) yang telah menjadi Johan bercerita lelaki, Adik Mohd. Arif Abd. Hamid (tahun 4) yang menjadi Johan hafazan lelaki dan Adik Masyitah (tahun 6) yang juga menjadi Johan hafazan perempuan. Alhamdulillah dan tahniah! Mereka akan mewakili zon Padawan di peringkat daerah nanti. Good luck!
KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS (HARI KE- 3)
Hari terakhir kursus, calon-calon pengawas yang terpilih begitu komited dan menunjukkan sikap yang positif. Aktiviti hari terakhir:
1. Pengendalian perhimpunan
2. Mengikat tali leher
3. Menulis azam sebagai pengawas
4. latihan ikrar pengawas.
Watikah pelantikan akan diberikan pada hari Isnin. Pengawas yang baru pula begitu teruja kerana kali pertama dilantik sebagai pengawas sekolah. Diucapkan selamat bertugas!!
Tuesday, February 22, 2011
KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS (HARI KE- 2)
Aktiviti pada hari ke-2 ialah:
1. Pengendalian perhimpunan 1
2. Ceramah 2 (Tugas Seorang Pengawas)
3. Kajian kes 1
4. Cabaran fizikal dan mental
Kesemua murid bersemangat mengikuti aktiviti yang telah ditetapkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)