Social Icons

Monday, April 26, 2010

PERTANDINGAN MENGEJA BAHASA MELAYU TAHAP 1

Gelagat Peserta semasa Pertandingan







Pagi tadi 26 April 2010 telah diadakan aktiviti terakhir Bahasa Melayu sempena Bulan Akademik. Penyelaras ialah Pn. Masneh Papang dan setiap kelas diminta menghantar 3 orang wakil. Hakim pertandingan terdiri daripada Cik Dg. Rassiyah dan Ustz Ahmed Nazif, manakala Pn. Masneh selaku juruacara. Aktiviti berlangsung dengan lancar dan agak menyeronokkan kerana murid-murid lain yang tidak mengambil bahagian turut serta mengeja perkataan yang disebutkan. Berlaku persaingan sengit dalam kalangan peserta untuk menentukan kejuaraan dan keputusan telah diambil iaitu 'siapa cepat dia dapat'...akhirnya pemenangnya terdiri daripada wakil Tahun 3 Bijak iaitu Rosario (Johan), Khairul Daniel (Ke-2), Nadiah (ke-3).Walaupun wakil Tahun 1 dan 2 tidak berjaya mendapat sebarang tempat tetapi mereka juga telah memberikan saingan hingga ke pusingan kedua.




No comments:

Post a Comment