Hari ni pertandingan untuk Tahap 2 dan dikendalikan oleh Cik Dg. Rassiyah selaku penyelaras. Secara keseluruhannya, aktiviti berjalan seperti yang dirancang dan pemenang telah pun diketahui. Agak mendukacitakan sedikit ialah disiplin murid-murid semasa menyaksikan rakan-rakan mereka menyampaikan cerita ataupun pidato. Suasana di dewan yang agak bising dengan pelbagai gelagat penonton yang tidak duduk diam. Selaku orang yang bertanggungjawab dalam aktiviti ini aku akan memikirkan cara yang terbaik untuk memastikan murid-murid ini lebih berdisiplin esok, insyallah...
No comments:
Post a Comment