Monday, January 24, 2011

PENDAFTARAN KOKURIKULUM


Inilah gambar-gambar semasa pendaftaran kokurikulum dijalankan. Pelbagai gelagat dapat dilihat di sini..Sir Nasarudin sedang memberi sedikit taklimat kepada murid-murid dan kelihatan murid-murid sedang khusyuk mendengar.


Terdapat beberapa orang guru yang siap sedia untuk mendaftarkan murid-murid.


Setelah taklimat selesai, murid-murid mula mencari kaunter-kaunter persatuan yang ingin mereka masuki :)..


Murid-murid serta guru-guru mula sibuk untuk mendaftarkan murid-murid. Nampaknya pada hari itu ada guru yang paling bergaya sapa lagi kalau bukan Cikgu Dg. Norliah hehe.. Dia dengan Cikgu Fung sempat lagi interframe hehe..


Wa Irham bukan men lagi sedia pen di poket dengan pelbagai warna hehe.. Cikgu Naimah nampaknya sibuk mendaftarkan murid.


Ustazah Azizah, Ustazah Wan, Cikgu Hasni dan Cikgu Sairah tengah khusyuk berbincang yang topiknya saya sendiri pun tak tahu hehe..


Cikgu Haslinah sama Teacher Linda jadi pemantau hari tu dan Cikgu Dg. Norliah pulak sibuk mempromote persatuannya yang kekurangan ahli tapi akhirnya penuh juga.


Sir terpaksa beri taklimat sekali lagi kerana keadaan mula tidak terkawal dan guru-guru lain turut membantu mengawal keadaan.


Akhirnya pendaftaran kokurikulum berakhir dengan jayanya dan kelihatan guru-guru sedang berkemas untuk balik ke bilik guru..

No comments:

Post a Comment