Friday, November 18, 2011

MAJLIS HARI ANUGERAH MURID CEMERLANG 2011

Majlis HAC sekolah telah diadakan pada 18hb Nov bertempat di Dewan Terbuka SKRP. Ia tlh dirasmikan oleh wakil PPD, En. Pg. Zaidi. Antara acara yg telah diadakan ialah penyampaian sijil tamat PraSekolah, sijil ketua dan penolong ketua kelas, pengawas sekolah serta pengawas pusat sumber, kehadiran murid 100%, sijil tamat sekolah serta kokum murid tahun 6. Selain itu, sijil dan hadiah bagi markah tertinggi subjek teras, 3 kedudukan terbaik setiap kelas, hadiah pencapaian kokum terbaik setiap unit, penyampaian Anugerah Khas KoKum terbaik keseluruhan dan Anugerah Khas Guru Bersa UPSR terbaik 2011.

Bagi Kokum terbaik keseluruhan, tlh dimenangi oleh Adik Khairul Daniel Md. Zainie yg mana beliau pernah menjadi Johan Pertandingan Bercerita MTQ Peringkat Zon Padawan, Johan Pertandingan Bercerita BM Peringkat Daerah Papar, Johan Pertandingan Model Kerjaya sempena Kanrival Kaunseling & Kerjaya Peringkat Daerah Papar, serta Tempat ke-3 Pertandingan Bercerita BM peringkat Negeri Sabah. Syabas dan tahniah diucapkan!

Bagi Anugerah Khas GB UPSR Terbaik pula, jatuh kepada Adik Nisrina Mohd Roslan yg telah memperolehi 4A1B di dalam UPSR baru-baru ini. Tahniah!


No comments:

Post a Comment