Friday, April 21, 2017

Majlis Penutupan Minggu Disiplin 2017


Pada 21.4.2017,Majlis Penutupan Minggu Disiplin diadakan.Murid-murid berkumpul di dewan sekolah sebaik sahaja loceng berbunyi.Lagu Negaraku ,Sabah Tanah airku dan Lagu Sekolah dinyanyikan dan selepas itu bacaan doa untuk memberkati majlis yang disampaikan oleh ketua pengawas sekolah, adik Arman Mohd Roslan.
Setelah itu ucapan daripada ketua disiplin sekolah,Pn Zahara Abd Karim selaku penganjur.Beliau berharap agar murid-murid dapat mematuhi peraturan sekolah dan menjadi murid yang lebih berdisiplin.
Setelah itu,ucapa perasmian penutupan oleh guru besar,En Sabli Hj Sitam.Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang terlibat dan yang telah menunjukkan komitmen tinggi dalam apa jua aktiviti yang dianjurkan di sekolah.Beliau juga memuji sikap murid-murid yang menunjukkan disiplin dan berharap semoga disiplin semua murid akan terus dikekalkan dan ditingkatkan.
Setelah itu,acara penyerahan hadiah kepada semua kumpulan yang menang.
Tahniah kepada kumpulan yang menang.

No comments:

Post a Comment