Wednesday, April 12, 2017

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2017 telah diadskan pada 1 April 2017 bertempat di Dataran terbuka SK Rampazan, Papar.Perasmi bagi mesyuarat tersebut adalah Yang Berbahagia Datuk Hjh Rosnah Hj Shirlin.Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh wakil daripada PPD Pspar, Pn Rohani Husny.

Guru Besar , En Sabli Hj Sitam dalam ucapan alu-aluan beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Datuk Hjh Rosnah di atas kesudian hadir sebagai perasmi walaupun jadual beliau sangat padat.Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB atas kesudianmembuat dewan terbuka sehingga murid-murid dapat mengunakan kemudahan tersebut terutama sekali bagi aktiviti-aktiviti 1M1S dan ketika hujan.

Seterusnya, ucapan YB Datuk Hjh Rosnah Hj Shirlin.Beliau amat gembira dapat melawat ke S K Rampazan dan melihat kehadiran ibu bapa yang begitu memberangsangkan ,ini ,menunjukkan sokongan ibu bapa ysng amat padu terhadap sekolah.Beliau seterusnya mengumumkan akan membekalkan penghawa dingin sebanyak dua unit bagi keselesaan bilik guru yang msna beliau telah melawat ke bilik guru dan mendapati suasana bilik yang agak panas .Beliau juga mengucapkan tahniah kepada YDP sesi 2016-2017 ,En Md Safhwan Ag Matusin yang telah banyak membantu pihak sekolah dalam apa-apa jua aktiviti dan program yang dilaksanakan.

Setelah perasmian,majlis berhenti rehat sebelum meneruskan pemilihan AJK PIBG 92017-2018 .

Mesyuarat diserikan lagi dengan cabutan nama bertuah ,yang mana terdiri daripada hamper,barangan eletrik dan 3 buah basikal BMX.

YDP baru En Hashim Hambri mengetuai PIBG sesi 2017-2018.








No comments:

Post a Comment