Wednesday, April 12, 2017

Pada 6hb April 2017,satu latihan kecemasan anjuran Unit  3K telah diadakan.Tujuan latihan kecemasan ini diadakan adalah untuk melatih para pelajar supaya sentiasa peka dengan persekitaran dan mengambil tindakan yang pantas dan cepat apabila terdengar bunyi loceng yang panjang.

Memandangkan aktiviti ini merupakan aktiviti tahunan,para pelajar dapat bergerak dengan masa yang pantas setelah terdengar bunyi dan bergerak ke padang untuk berkumpul.

Guru Besar dalam ucapanya berpuas hati dengan sikap para pelajar yang bergerak pantas.Beliau seterusnya menasihati para pelajar agar sentiasa peka dan mengikuti arahan guru dengan sebaik-baiknya sekiranya terdapat kecemasan .

No comments:

Post a Comment